Muzik video Falling

Yuna dalam muzik video "Falling".

Muzik video untuk "Falling" telah dimuat naik di saluran YouTube dan Vevo rasmi Yuna pada Februari 2014.[2]

Berbeza dengan MV lagu-lagunya yang lain, Yuna memilih konsep tradisional untuk muzik video "Falling".[2] Konsep yang dimaksudkan tidak hanya dapat dilihat menerusi kemunculan seorang lelaki berwajah seperti jejaka Melayu memakai tengkolok sambil bersilat penuh gaya, tetapi peminat juga dapat mendengar irama asli digabungkan dengan muzik moden di minit-minit terawal lagu tersebut.[2][3]